1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan juga
IPMA Jemputan
2. Tema terbitan video adalah ‘Malaysia, My Homeland’
3. Bahasa wajib: Bahasa Inggeris (75% - 100%) Bahasa lain: (25% - 0%)
4. Satu kolej hanya menerbit satu petikan video dengan tempoh tayangan 2 - 3 minit
5. Pelajar boleh menggunakan format MP4, MPEG, MOV, MPG, MPEG or WMV
dalam bentuk CD.
6. Bahan-bahan ‘copyright’ tidak dibenarkan.
7. Pencipta atau penyanyi asal muzik atau lagu ataupun animasi yang muncul dalam
video mesti dinyatakan di bahagian ‘credits’ [senarai pelakon, pengarah, jurukamera,
dll yang bekerja dalam menghasilkan petikan video].
8. Isi kandungan video tidak boleh mengandungi perlakuan yang sumbang terutama
sekali penggunaan aksi dan bahasa lucah, aksi ganas atau kenyataan yang mencela.
9. Pihak MARA berhak menayangkan atau menggunakan klip video ini bagi tujuan
karnival dan kepentingan MARA. Setiap pihak yang muncul di dalam video mesti
menandatangani borang kebenaran. (release form)
10. Kriteria dan Permarkahan:
[Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]
11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan yang di
gunakan oleh peserta di dalam menyediakan klip video pertandingan ini.
13. Setiap IPMa perlu menghantar salinan CD video kepada urusetia pertandingan
semasa hari pendaftaran.