8.9.11

PERTANDINGAN PANTUN

1.      PESERTA
1.1           Peserta terdiri daripada pelajar – pelajar kolej
1.2           Setiap kolej diwakili oleh 4 (empat) orang peserta sahaja (3 +1 )

2.      HADIAH

                  Empat (4) hadiah disediakan untuk pemenang iaitu :

                Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga, 1 Hadiah saguhati diberikan kepada peserta yang layak menerimanya

3.      Pelaksanaan Pertandingan

3.1           Syarat- syarat pertandingan

i.                    Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar
ii.           Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima awal, tengah dan akhir bait mestilah “abab”

iii.                Pesta pantun ini disertai oleh empat pemantun yang terdiri daripada tiga pemantun yang mengambil bahagian dan seorang pemantun simpanan.

iv.                 Pertandingan ini dijalankan secara kalah singkir (kalah mati)

v.                   Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai pemenang

vi.                 Jika berlaku seri , pasukan yang memperolehi markah isi tertinggi dikira   sebagai pemenang.

vii.               Jika masih berlaku seri , markah bahagian bahasa pula diambil kira.

viii.             Masa dikira berdasarkan arahan juru pantun (“…dari sekarang”)

ix.                 Masa dikira sebaik sahaja juru pantun mengarahkan penjualan pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama. Manakala dalam pusingan kedua dan ketiga, masa untuk mereka cipta pantun menjual pantun bagi tema     yang dipilih iaitu 60 saat.




x.                   Masa untuk membeli pantun ialah 60 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

xi.           Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang ditetapkan untuk jualan pantun pusingan pertama dan kedua dan 60 saat bagi  pusingan ketiga untuk mereka cipta dan jualan pantun.

xii.               Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli   tiga rangkap pantun.

xiii.             Pertandingan ini memerlukan tiga (3) peringkat saringan sebelum layak   ke peringkat akhir

4.                   FORMAT PERTANDINGAN

             4.1       Pertandingan Pusingan Pertama

                        A---------------->1          MENJUAL 15 SAAT
                                                                 MEMBELI 60 SAAT

                       1---------------->A          MENJUAL 15 SAAT
                                                                 MEMBELI 60 SAAT

                       B---------------->2          MENJUAL 15 SAAT
                                                                 MEMBELI 60 SAAT

                       2---------------->B          MENJUAL 15 SAAT
                                                                MEMBELI 60 SAAT

                       C---------------->3          MENJUAL 15 SAAT
                                                                MEMBELI 60 SAAT

                       3---------------->C          MENJUAL 15 SAAT
                                                                             
                                                                MEMBELI 60 SAAT










        4.2            Format pertandingan Pusingan Kedua
                        (Mencipta Pantun Jualan – Cabutan Undian Tajuk)

                    A1---------------->B3       Mencipta dan Menjual 60 saat                                                                     
                      B3---------------->A1        Membeli 60 saat
                                                                                   

                   A2---------------->B1        Mencipta dan menjual 60 saat                                                                                              
                     B1----------------> A2         Membeli 60 saat


                    A3----------------> B2        Mencipta dan menjual 60 saat
                                                                                   
                     B2---------------->A3          Membeli 60 saat
                                                                                   


        4.3            Format pertandingan Pusingan Ketiga
                        (Mencipta Pantun Jualan – Cabutan Undian Tajuk)

                    A1---------------->B2        Mencipta dan Menjual 60 saat                                                                     
                      B2---------------->A1        Membeli 60 saat
                                                                                   

                    A2---------------->B3        Mencipta dan menjual 60 saat                                                                                              
                      B3---------------->A2        Membeli 60 saat


                      A3---------------->B1         Mencipta dan menjual 60 saat
                                                                                   
                      B1---------------->A3          Membeli 60 saat










5.      PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

·         Isi                              -           20 Markah
·         Bahasa                       -           20 Markah
·         Persembahan              -           10 Markah

·         Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh tiga (3) orang hakim

·         Bahagian Isi                            -           1 orang hakim

·         Bahagian Bahasa                    -           1 Orang hakim

·         Bahagian Persembahan          -           1 orang hakim

·         Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak menganggu pihak lawan

·         Keputusan hakim adalah muktamad

23.8.11

PAPER FASHION SHOW


1.   Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA.

2.    Setiap kontinjen diwajibkan menghantar 3 peserta: seorang untuk memperagakan pakaian yang direka dan dua orang untuk menjadi jurucakap.

3.    Jenis kertas yang wajib digunakan adalah:
·   surat khabar
·   kertas latihan putih dan/atau kertas minyak
·   dan tiga kertas bewarna (samada jenis krep ataupun jenis origami).

4.    50% bahan yang digunakan untuk pakaian adalah daripada surat khabar.

5.    Pereka fesyen diwajibkan mengguna bahan-bahan kitarsemula sebagai aksesori.

6.    Pereka fesyen TIDAK DIBENARKAN melukis ataupun menggunakan warna cat kepada ‘pakaian’ yang direka.

7.    Muzik latar untuk mengiringi model diwajibkan.

8.    Cakera  padat muzik hendaklah dibawa sendiri oleh kumpulan

9.    Model dijanka berjalan berjalan sepanjang 20 kaki semasa memperagakan pakaian tersebut.

10.  Penerangan mengenai pakaian akan diberi semasa model model memperagakan pakaian.

11.  Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 1 ½ - 2 minit.

12.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di dalam pertandingan ini.

13.  Pemarkahan:
(Rujuk kriteria pemarkahan)

14.  Keputusan pengadil adalah muktamad.

22.8.11

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTISME

1.     1.0  Peserta
1.1  Terbuka kepada pelajar-pelajar kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMa jemputan
1.2  Setiap kolej diwakili oleh seorang peserta .

2.      2.0 Tata cara Pertandingan
2.1  Setiap peserta bebas memilih  sebuah puisi patriotik  untuk dideklamasikan.
2.2   Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak kepada pihak penganjur dua minggu sebelum pertandingan
2.3  Masa deklamasi  sajak dihadkan 6 minit.
2.4   Pendeklamasian puisi dimaksudkan adalah pembacaan sajak bukan melagukan atau melakonkan puisi.
2.5  Peserta dikehendaki menghafal puisi yang dipilih. Walau bagaimanapun  peserta dibolehkan membawa bersama teks puisi pilihan ketika mendeklamasi untuk tujuan mengelak daripada terlupa kandungan puisi tersebut.
2.6  Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas mengikut kesesuai puisi yang dibaca.  Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.
2.7  Peserta dibenarkan membawa alatan persembahan (props) yang bersesuaian dan minima sahaja ( kris, bunga dan sebagainya) dengan puisi yang dibaca.  Alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian seperti alat muzik dibenarkan.  Kegunaan slide video tidak dibenarkan.
2.8  Pihak penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.
2.9  Keputusan panel juri  adalah muktamad.

Giliran Peserta :
Undian giliran peserta akan diadakan semasa taklimat peserta.

Pemarkahan :
  Suara    (60%)
-           Vokal                                -  15%
-          Intonasi                               -  15%
-          Nada                                  -  15%
-          Kelancaran  Artikulasi     -  15%
Gaya/ Teknik  (40%)
        -     Mimik Muka                      -  10%
        -     Penghayatan                       -  10%
        -     Bahasa Tubuh                    -  10% 
        -     Penampilan/Keyakinan       -  10%

Persediaan setiap kolej yang bertanding:
Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak dua minggu sebelum pertandingan diadakan.

19.8.11

VIDEO PRESENTATION "MALAYSIA MY HOMELAND"


1.  Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional   MARA dan juga   
     IPMA Jemputan

2.  Tema terbitan video adalah ‘Malaysia, My Homeland’

3.  Bahasa wajib:  Bahasa Inggeris (75% - 100%)  Bahasa lain:  (25% - 0%)

4.   Satu kolej hanya menerbit satu petikan video dengan tempoh tayangan 2 - 3 minit

5.   Pelajar boleh menggunakan format MP4, MPEG, MOV, MPG, MPEG or WMV
      dalam bentuk CD.

6.   Bahan-bahan ‘copyright’ tidak dibenarkan. 

7.   Pencipta atau penyanyi asal muzik atau lagu ataupun animasi yang muncul dalam
      video mesti dinyatakan di bahagian ‘credits’ [senarai pelakon, pengarah, jurukamera,
      dll yang bekerja dalam menghasilkan petikan video].

8.   Isi kandungan video tidak boleh mengandungi perlakuan yang sumbang terutama
      sekali penggunaan aksi dan bahasa lucah, aksi ganas atau kenyataan yang mencela.

9.   Pihak MARA berhak menayangkan atau menggunakan klip video ini bagi tujuan   
      karnival dan kepentingan MARA.  Setiap pihak yang muncul di dalam video mesti
      menandatangani borang kebenaran. (release form)

10.  Kriteria dan Permarkahan:

       [Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]

11.  Keputusan pengadil adalah muktamad.

12.   Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan  yang di    
        gunakan oleh peserta di dalam menyediakan klip video pertandingan ini.

13.    Setiap IPMa perlu menghantar salinan CD video kepada urusetia pertandingan
         semasa hari pendaftaran.