19.8.11

SKETSA KEMERDEKAAN

Syarat-Syarat dan Peraturan:


1. Terbuka kepada pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA jemputan.


2. Penyertaan satu kumpulan terhad kepada 5-10 orang sahaja.


3. Setiap kumpulan haruslah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Kolej.


4. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sketsa berdasarkan skrip yang ditulis sendiri tentang  tokoh-tokoh sejarah di dalam Bahasa Melayu yang tidak bercanggah dengan tatasusila IPMa dan adab sopan santun Malaysia. Salinan skrip perlu diemailkan kepada AJK Pertandingan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya skrip tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.




5. Pilih SATU daripada dua tema sketsa iaitu : “Perjuangan Tokoh Manjana Transformasi Warisan Bangsa”ATAU “Sejarah Pencetus Akal Budi Budaya Bangsa”.


6. Masa persembahan termasuk pertukaran babak (scene change) serta perubahan prop ialah 10 minit. Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan penalti.




7. Semua alatan yang tajam/ membahayakan, sebarang haiwan liar, cecair mudah tebakar atau asid adalah dilarang sama sekali digunakan semasa persembahan.


8. Imej-imej seksual yang mengghairahkan, keganasan yang melampau, unsur khurafat,unsur negatif dan bersifat provokasi, cacian dan maki hamun adalah dilarang sama sekali.


9. Setiap pelajar (krew dan penyokong) haruslah menjaga disiplin dan tatasusila sebagai seorang pelajar.


10. Iringan muzik rakaman, kesan bunyi dan cahaya serta multimedia adalah dibenarkan.


11. Segala perbelanjaan produksi kumpulan adalah tanggungan sendiri.




12. Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.


13. Pihak penganjur sebagai tuan rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini dilangsungkan.


14. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan jika didapati kumpulan atau individu melanggar mana-mana syarat pertandingan yang disebutkan.


15. Pemarkahan :
i. Lakonan (20%)
ii. Konsep persembahan (20%)*
iii. Pengarahan (20%)
iv. Kreativiti persembahan (20%)
v. Penguasaan pentas (10%)
vi. Penampilan (10%)








* Pementasan sketsa adalah bertepatan dengan tema




[BACK]