22.8.11

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTISME

1.     1.0  Peserta
1.1  Terbuka kepada pelajar-pelajar kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMa jemputan
1.2  Setiap kolej diwakili oleh seorang peserta .

2.      2.0 Tata cara Pertandingan
2.1  Setiap peserta bebas memilih  sebuah puisi patriotik  untuk dideklamasikan.
2.2   Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak kepada pihak penganjur dua minggu sebelum pertandingan
2.3  Masa deklamasi  sajak dihadkan 6 minit.
2.4   Pendeklamasian puisi dimaksudkan adalah pembacaan sajak bukan melagukan atau melakonkan puisi.
2.5  Peserta dikehendaki menghafal puisi yang dipilih. Walau bagaimanapun  peserta dibolehkan membawa bersama teks puisi pilihan ketika mendeklamasi untuk tujuan mengelak daripada terlupa kandungan puisi tersebut.
2.6  Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas mengikut kesesuai puisi yang dibaca.  Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.
2.7  Peserta dibenarkan membawa alatan persembahan (props) yang bersesuaian dan minima sahaja ( kris, bunga dan sebagainya) dengan puisi yang dibaca.  Alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian seperti alat muzik dibenarkan.  Kegunaan slide video tidak dibenarkan.
2.8  Pihak penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.
2.9  Keputusan panel juri  adalah muktamad.

Giliran Peserta :
Undian giliran peserta akan diadakan semasa taklimat peserta.

Pemarkahan :
  Suara    (60%)
-           Vokal                                -  15%
-          Intonasi                               -  15%
-          Nada                                  -  15%
-          Kelancaran  Artikulasi     -  15%
Gaya/ Teknik  (40%)
        -     Mimik Muka                      -  10%
        -     Penghayatan                       -  10%
        -     Bahasa Tubuh                    -  10% 
        -     Penampilan/Keyakinan       -  10%

Persediaan setiap kolej yang bertanding:
Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak dua minggu sebelum pertandingan diadakan.