1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA Jemputan.
2. Bahasa wajib: Bahasa Melayu
3. Setiap kontinjen diwajibkan mencetak dan menghantar SATU bunting dan 2 peserta. Peserta adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam perekaan bunting dan perlu terlibat sama dalam sesi soal jawab bersama-sama pengadil semasa sesi pengadilan.
4. Format karya:
a. Saiz bunting 3’X 6’
b. Setiap bunting bertemakan ‘Bahasa Pemangkin Patriotisme Bangsa ’ dan memaparkan identiti Negara Malaysia – budaya tradisi dan moden pelbagai kaum di Malaysia beserta ‘tagline’yang bersesuaian. Tema tidak perlu dimasukkan di dalam bunting.
c. Hasil rekacipta perlu mengandungi elemen patriotisme dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.
d. Nama (ukuran 2 cm) dan logo IPMA (ukuran 2 cm) hendaklah diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan bunting.
5. Semua bunting dari IPMA-IPMA perlu dipamerkan di concourse KMB pada 08 Oktober 2011 selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.
Penghakiman: Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah 3- 5 minit untuk menerangkan tentang bunting dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
6. Keaslian karya:
a. Karya hendaklah asli
b. Peserta tidak dibenarkan menciplak mana-mana bunting sedia ada.
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta.
8. Pemarkahan adalah seperti berikut:
a. Mesej 50%
b. Kreativiti 30%
c. Kerjasama 20%
9. Keputusan pengadil adalah muktamad.
10.Semua bunting akan dipamerkan di Dewan Besar pada 09 Oktober 2011.
Persembahan Lisan
§ Semua wakil kumpulan diwajibkan memberi persembahan tentang bunting mereka dan menjawab beberapa soalan daripada pengadil.
Peringatan:
§ Setiap IPMA perlu membawa bunting yang telah dicetak beserta ‘bunting stand’ masing- masing.
[BACK]