19.8.11

SKETSA KEMERDEKAAN

Syarat-Syarat dan Peraturan:


1. Terbuka kepada pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA jemputan.


2. Penyertaan satu kumpulan terhad kepada 5-10 orang sahaja.


3. Setiap kumpulan haruslah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Kolej.


4. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sketsa berdasarkan skrip yang ditulis sendiri tentang  tokoh-tokoh sejarah di dalam Bahasa Melayu yang tidak bercanggah dengan tatasusila IPMa dan adab sopan santun Malaysia. Salinan skrip perlu diemailkan kepada AJK Pertandingan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya skrip tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.




5. Pilih SATU daripada dua tema sketsa iaitu : “Perjuangan Tokoh Manjana Transformasi Warisan Bangsa”ATAU “Sejarah Pencetus Akal Budi Budaya Bangsa”.


6. Masa persembahan termasuk pertukaran babak (scene change) serta perubahan prop ialah 10 minit. Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan penalti.




7. Semua alatan yang tajam/ membahayakan, sebarang haiwan liar, cecair mudah tebakar atau asid adalah dilarang sama sekali digunakan semasa persembahan.


8. Imej-imej seksual yang mengghairahkan, keganasan yang melampau, unsur khurafat,unsur negatif dan bersifat provokasi, cacian dan maki hamun adalah dilarang sama sekali.


9. Setiap pelajar (krew dan penyokong) haruslah menjaga disiplin dan tatasusila sebagai seorang pelajar.


10. Iringan muzik rakaman, kesan bunyi dan cahaya serta multimedia adalah dibenarkan.


11. Segala perbelanjaan produksi kumpulan adalah tanggungan sendiri.




12. Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.


13. Pihak penganjur sebagai tuan rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini dilangsungkan.


14. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan jika didapati kumpulan atau individu melanggar mana-mana syarat pertandingan yang disebutkan.


15. Pemarkahan :
i. Lakonan (20%)
ii. Konsep persembahan (20%)*
iii. Pengarahan (20%)
iv. Kreativiti persembahan (20%)
v. Penguasaan pentas (10%)
vi. Penampilan (10%)








* Pementasan sketsa adalah bertepatan dengan tema




[BACK]

CIPTAAN DAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

  
1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA
     jemputan

2.  Setiap persembahan tidak boleh melebihi 5 minit.  Masa persembahan akan dikira sebaik
     sahaja loceng dibunyikan. Markah akan ditolak bagi setiap minit yang melebihi waktu
     yang ditetapkan.

3.  Pastikan semua lirik dan melodi adalah ciptaan asli.

3.  Elemen wajib untuk lirik lagu:-

a)      Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah bahasa wajib
b)      Wajib diselitkan 1 atau 2 bahasa-bahasa kaum lain yang terdapat di Malaysia.  
     d)  Loghat atau dialek tidak di benarkan.

4.  Lirik lagu yang dicipta perlu di emel kepada urusetia pertandingan program sebelum atau  
     pada 12 September 2011.

5.  Peserta boleh mendendangkan lagu tanpa iringan alat muzik.  Sekiranya peserta ingin
     menggunakan alat muzik, hanya instrument berikut sahaja yang dibenarkan dan akan
     disediakan oleh pihak tuan rumah :

a)      acoustic guitar
b)      digital piano
c)      conga drums
d)      tambourine
e)      chimes
 
    
5.   Untuk persembahan, setiap kontinjen diwajibkan menghantar satu pasukan tidak
      kurang daripada 6 orang dan tidak melebihi 10 orang.  Pasukan tersebut terdiri
      daripada penyanyi-penyanyi dan juga pemain – pemain instrumen.

6.   Kriteria dan Pemarkahan:

      [Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]

7.  Keputusan pengadil adalah muktamad

8.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di
     dalam pertandingan ini.

NYANYIAN DUET LAGU PATRIOTIK


1.  Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA
     jemputan

2.  Setiap kontinjen diwajibkan menghantar dua orang peserta terdiri daripada seorang
     lelaki dan seorang perempuan dan menyanyikan lagu secara duet.

3.  Setiap pasangan hendaklah mendendangkan salah sebuah lagu yang telah ditetapkan
      oleh pihak penganjur iaitu: 

a)      SEJAHTERA MALAYSIA      [KLIK] untuk lirik
b)      TANAH PUSAKA        [KLIK] untuk lirik
c)      SETIA           [KLIK] untuk lirik
                        
          

4.  Masa yang diperuntukan bagi setiap persembahan ialah 4 minit.

5.  Peserta boleh mendendang lagu tanpa iringan ataupun diringi oleh:
 
a)      cakera padat lagu (minus one) yang hendak dibawa sendiri  ATAU
b)      satu alat muzik (yang dibawa sendiri)

6.  Hanya pengunaan props saiz kecil (spt keris, bendera, bunga, dll) sahaja yang dibenarkan
     untuk setiap persembahan.
   
7.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta
     di dalam pertandingan ini.

8.   Permarkahan adalah seperti dibawah:

      a)  Vokal                                        40%
      b)  Penghayatan Lagu                   15%
      c)  Penguasaan Pentas                  15%
     d)   Penampilan                              15%
     e)   Kreativiti Penyampaian                       15%

9.  Keputusan pengadil adalah muktamad.

FUN DEBATE


1.                  Penglibatan semua KPM dan KM dan IPMA jemputan
2.          Setiap kolej perlu menghantar 2 orang peserta untuk membahaskan tajuk-tajuk yang disediakan  oleh pihak penganjur dengan mengunakan Bahasa Inggeris.
3.           Perlawanan kalah mati akan di adakan.
4.          Tatacara pemilihan pasukan affirmative dan negative akan ditentukan melalui cabutan pada hari aktiviti.  Begitu juga dengan pemilihan tajuk perbahasan.
5.          Tatacara perbahasan bagi setiap pusingan akan mengikuti format dibawah:
i)        Setiap pasangan akan diwakili oleh 2 orang peserta dari 2 kolej yang berlainan. Tuan rumah akan menentukan setiap pasangan melalu pengundian. Peserta akan dimaklumkan nama pasangan mereka pada hari perlawanan.
ii)      Setiap pasangan akan diberikan satu tajuk untuk dibahaskan.
iii)    Setiap peserta diberikan masa 2 minit untuk berbincang dengan rakan sepasukan bagi menyediakan hujah perbahasan.
iv)    Peserta pertama pasukan  affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
v)      Peserta pertama pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vi)    Peserta kedua pasukan  affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vii)  Peserta kedua pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
viii)Semasa para peserta sedang berbincang, satu quiz selingan akan diadakan untuk para penonton.

Penghakiman   :
Pasangan yang mendapat tepukan yang paling gemuruh daripada penonton akan ditentukan sebagai pemenang.

COLOURS OF MALAYSIA

  
  1. Diwajibkan untuk semua KM&KPM. 
  2. Setiap kumpulan terdiri diantara 8 dan 15 peserta.
  3. Penganjur akan menyediakan sebuah khemah setiap kolej. 
  4. Setiap kolej diwajibkan 
    1.  Mencabut undi* untuk pilihan kaum/etnik. Kaum/etnik di Malaysia untuk cabutan undi ialah 
      1. Melayu 
      2. Cina 
      3. India 
      4. Punjabi 
      5. Iban 
      6. Bidayuh 
      7. Kadazan 
      8. Serani 
      9. Baba dan Nyonya 
      1. Bajau 
    1. mencabut undi* untuk nombor khemah.
  5. *cabutan undi akan dilakukan pada 13/7/2011 di Kolej MARA Banting semasa mesyuarat   wakil-wakil kontinjen carnival. 
  6. menyediakan sebuah persembahan mengikut kaum/etnik yang telah diundi . Contoh persembahan adalah seperti  nyanyian tradisional, tarian, seni mempertahankan diri dan lain-lain. Persembahan ini akan dipersembahkan di hadapan hakim-hakim pertandingan untuk dihakimi. 
  7. Masa persembahan : 3-4 minit.
  8. Menghiaskan khemah mengikut tema kaum/etnik yang telah diundi. 
  9. Menyediakan satu aktiviti bahasa dalam Bahasa Inggeris mengikut kreativiti pelajar dan mesti mempunyai hubungkait dengan kebudayaan kaum/etnik yang telah ditetapkan melaui undian yang telah dilakukan.
  10.  Menyediakan satu cenderahati untuk pengunjung khemah dan peserta aktiviti bahasa.Cenderahati mesti mempunyai hubungkait dengan kebudayan kaum/etnik yang telah ditetapkan melalui undian yang telah dilakukan. 
  11. Mengadakan satu pameran mengenai budaya yang diundi. Aspek-aspek pameran: 
      1. ·         asal-usul bangsa 
      2. ·          1 atau 2 acara-acara kebudayaan yang menarik 
      3. ·          cara hidup 
      4. ·         2 lagi aspek yang dianggap sesuai untuk dipamerkan.
  12.  Display board akan disediakan oleh tuan rumah.
  13.  Setiap perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej masing-masing.

MEREKABENTUK BUNTING

1.     Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA Jemputan.
2.     Bahasa wajib:  Bahasa Melayu
3.     Setiap kontinjen diwajibkan mencetak dan menghantar SATU bunting dan 2 peserta. Peserta adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam perekaan bunting dan perlu terlibat sama dalam sesi soal jawab bersama-sama pengadil semasa sesi pengadilan.
4.     Format karya:
a.     Saiz bunting 3’X 6’
b.     Setiap bunting bertemakan ‘Bahasa Pemangkin Patriotisme Bangsa ’ dan memaparkan identiti Negara Malaysia – budaya tradisi dan moden pelbagai kaum di Malaysia beserta ‘tagline’yang bersesuaian. Tema tidak perlu dimasukkan di dalam bunting.
c.      Hasil rekacipta perlu mengandungi elemen patriotisme dan tidak menyentuh sensitiviti  mana-mana kaum.
d.     Nama (ukuran 2 cm) dan logo IPMA (ukuran 2 cm) hendaklah diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan bunting.
5.     Semua bunting dari IPMA-IPMA perlu dipamerkan di concourse KMB pada  08 Oktober 2011 selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi. 

Penghakiman:  Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah  3- 5  minit untuk menerangkan  tentang bunting dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
6.      Keaslian karya:
a.     Karya hendaklah asli
b.     Peserta tidak dibenarkan menciplak mana-mana bunting sedia ada.
7.     Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta.
8.      Pemarkahan adalah seperti berikut:
a.     Mesej            50%
b.     Kreativiti     30%
c.      Kerjasama    20%   
9.      Keputusan pengadil adalah muktamad.
10.Semua bunting akan dipamerkan di Dewan Besar pada 09 Oktober 2011.

Persembahan Lisan
§   Semua wakil kumpulan diwajibkan memberi persembahan tentang bunting mereka dan menjawab beberapa soalan daripada pengadil.

Peringatan:
§  Setiap IPMA  perlu membawa bunting yang telah dicetak beserta ‘bunting stand’ masing- masing.
[BACK]

18.8.11

AEROBIK 1MALAYSIA

1.     Penglibatan semua KPM/ KM.
2.     Setiap kolej diminta menyediakan satu sesi senamrobik/ senaman/pergerakan fizikal/pergerakan tarian menggunakan satu lagu daripada senarai 10 lagu yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. 
3.     Hanya 5 pasukan akan mengetuai sesi Aerobiks 1Malaysia setiap hari.
4.     Setiap kolej diminta menghantar satu kumpulan pelajar (5 orang) untuk mendemonstrasikan pergerakan yang telah dikoreografikan dan mengetuai pergerakan tersebut untuk diikuti oleh semua peserta program yang berada di padang.
5.     Masa yang diberikan untuk setiap wakil kolej adalah mengikut jumlah masa lagu yang telah dipilih.
6.     Guru penasihat diminta memastikan pergerakan senaman yang akan didemonstrasi boleh diikuti oleh semua pelajar lelaki dan perempuan, sopan dan tidak terlalu fizikal /keterlaluan.
7.     Setiap pasukan yang mengetuai pergerakan senaman hendaklah memakai pakaian yang seragam.
8.     Setiap ahli pasukan yang mengetuai pergerakan senaman hendaklah mendemonstrasikan pergerakan- pergerakan yang sukar tanpa muzik kepada semua peserta terlebih dahulu sebelum memulakan sesi dengan muzik.
9.     Setiap sesi (kecuali sesi warm- up dan cool down) akan diulang sebanyak dua(2) kali untuk membolehkan para peserta mengikuti sesi senaman dengan lebih efektif.



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com